Imej seseorang biasanya dinilai dari segi cara seseorang itu berpakaian. Ianya juga memcerminkan keperibadian seseorang individu. Di negara kita pakaian Lounge Suit adalah pakaian rasmi untuk menghadiri majlis rasmi berbentuk formal. Warna Lounge Suit yang biasanya digunakan adalah yang berwarna
gelap. Blazer dan seluar mestilah dari material dan warna yang sama. Antara warna-warna yang sesuai dan sering menjadi pilihan untuk majlis-majlis rasmi adalah seperti:
- hitam
- biru tua (blue black)
- hitam berjalur halus
- biru tua (blue black) berjalur halus
- sword collar
- flat collar
Jenis potongan Lounge Suit juga adalah sangat penting. Pemilihan potongan Lounge Suit ini adalah mengikut jenis dan bentuk badan pemakainnya. Jenis Lounge Suit yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan majlis yang dihadiri. Antara jenis-jenis dan potongan Lounge Suit yang berada dipasaran adalah seperti berikut:
- Stright cutting
- Slim cutting
- Side split end
- Intermediate split
- H cutting
- Single/two/three button
- Double/single breasted
Jenis kemeja yang digunakan didalam pemakaian Lounge Suit ini perlulah dari warna yang cerah dan berlengan panjang. Jenis Collar yang digunakan mestilah yang bersesuaian dengan jenis Lounge Suit dan tali leher yang akan dipakai. Tali leher yang dipakai juga mestilah bersesuaian dengan collar Lounge Suit dan mestilah berwarna gelap.
Etika memakai Lounge Suit ini juga mencerminkan keperibadian pemakainya. Semasa
berdiri butang Lounge Suit mestilah kancingkan dan semasa
duduk lepaskan
semua
butang.
Kasut
& tali
pinggang yang dipakai mestilah dari material dan warna yang sama. Warna hitam adalah digalakkan. Manakala stokin yang dipakai adalah sama
warna
dengan
seluar.